THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

VISI

Pusat sumber SMK (P) St George akan muncul sebagai pusat rujukan yang komprehensif dan bersepadu dengan menjana pembelajaran lestari menjelang 2012.

MISI

1. Mewujukan suasana pusat sumber yang kondusif dan harmonis serta memastikan penglibatan aktif guru dan pelajar.

2. Memastikan sistem pengurusan pusat sumber yang telus dan berkesan berasaskan teknologi.

3. Melahirkan pelajar-pelajar bestari dan guru yang cekap menggunakan bahan-bahan pusat sumber untuk meningkatkan pembelajaran sepanjang hayat.

PENGENALAN

SMK (P) St.George ditubuhkan pada tahun 1884 di gereja St.George, Pulau Pinang di Jalan Farquhar. Pada tahun 1909, SGGS telah berpindah ke sebuah bangunan baru di Jalan Northam (sekarang diberi nama Jalan Sultan Ahmad Shah).

Pada tahun 1954, premis baru sekolah ini dibina di Jalan Macalister. Di premis baru ini, satu bilik khas dibina untuk perpustakaan. Pada tahun 1979, Perpustakaan Umum dan bilik rujukan ditambah bina di Blok G. Pada tahun 1999, satu bilik telah diubahsuai menjadi Makmal Bahasa yang khususnya digunakan untuk mata pelajaran MUET di Blok C. Pada tahun 2004, Makmal Bahasa 2 diadakan di Blok I yang baru dibina.

Pada tahun 2006, Makmal Bahasa 1 telah dijadikan kelas. Dengan itu, Makmal Bahasa di Blok I sahaja yang digunakan oleh pelajar.

KEGUNAAN/FUNGSI BILIK MAKMAL BAHASA

1. Sebagai tempat bagi proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran MUET, EST, BAHASA INGGERIS dan BAHASA MALAYSIA.

2. Sebagai tempat bagi mengadakan kelas BITARA MUET.

3. Sebagai tempat bagi menjalankan pembelajaran akses kendiri (Self-Access Learning)

PERALATAN DI DALAM MAKMAL BAHASA

1. VCD/DVD Player

2. CD Player

3. Televisyen

4. Overhead Projector

5. Video Cassette Recorder (VCR)

6. SAL table for the Listening Corner

7. Digital Language Learning System

8. LCD Projector

9. Smart Board

KEISTIMEWAAN BILIK

Terdapat lima ruang utama iaitu:

~ Sudut Pendengaran (Listening Corner)

~ Sudut Perbincangan (Speaking Corner)

~ Sudut Bacaan (Reading Corner)

~ Sudut Multimedia (Multimedia Corner)

~ Sudut Televisyen

No posts.
No posts.